korporat2
bh3

Jan Sarfelt

Pengerusi, Jan mula bekerja di industri Jualan Langsung ketika berusia 20 tahun. Beliau menjadi pengedar utama di salah sebuah syarikat terbesar ketika berusia 32 tahun dan telah dipilih untuk anugerah berprestij beberapa kali. Sebagai pengedar utama dalam Jualan Langsung selama beberapa dekad, Jan mempunyai latar belakang terbaik untuk tugasan barunya; memastikan bahawa b: hip terus menjadi sebuah syarikat yang membuka peluang yang unik untuk semua orang dan mempromosikan produk dan turut sama membuka peluang kepada seluruh dunia.

bh4

Karin Sarfelt

Ketua Pegawai Penjenamaan, Isteri kepada Jan Sarfelt, dan telah bersama-sama sedari awal memperkembangkan Bhip ke seluruh dunia. Di samping itu juga telah banyak menyumbang di dalam kerja-kerja amal untuk kemudahan-kemudahan masyarakat yang memerlukan.

bh5

Michael Sarfelt

Adik kepada Jan Sarfelt. Top Leader dan seorang trainer yang berkaliber, yang telah melopori Bhip sehingga kini dan telah mengecapi pendapatan jutaan ringgit. Beliau juga akan ke seluruh dunia berkongsi kejayaan beliau, memberi pengetahuan dan bagaimana ianya dilakukan untuk berjaya sama sepertinya.

bh6

Allan & Inge Sarfelt

Duta Besar b:hip dan ibu bapa kepada keluarga Sarfelt. Terbukti 'Family Business' ini benar-benar menjadi dan telah memberi kejayaan besar.

bh7

Jan Madsen

CEO Eropah Jan Madsen telah menjadi pengedar bebas yang sangat berjaya di salah satu syarikat jualan langsung dan telah berada dalam industri ini lebih daripada 20 tahun. Di b:hip, beliau merupakan ketua untuk b:hip Eropah. Melalui kepimpinan beliau menjadikan b:hip Eropah berkembang dan menjadi salah satu pasukan pengedar terbaik di dunia.

bh8

Thomas Mortensen

COO Eropah Thomas Mortensen merupakan usahawan antarabangsa sepanjang 20 tahun yang lalu. Beliau membangunkan syarikat dalam bidang perabot, perumahan, perkapalan, logistik dan industri turbin angin. Beliau pernah menetap di Denmark, Singapore, Thailand, Germany dan juga Switzerland. Beliau merupakan pakar dalam membangun dan mengoptimumkan proses dan operasi.

bh9

Claus Lehmann

Ketua Pembangunan

Claus Lehmann merupakan pakar motivasi, pakar pembelajaran dan juga seorang speaker. Beliau bersemangat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik dan meningkatkan hasil kerja pasukan, pekerja dan pengurus yang dihadapi setiap hari.

Beliau adalah pengajar yang amat berdedikasi, berpengalaman luas dan profesional dalam bidang perniagaan dan sukan.
bh10

Allan Nielsen

CEO UAE

Allan Nielsen adalah pemain bola sepak profesional selama 18 tahun dan pernah bermain di peringkat antarabangsa.

Beliau pernah bermain di Bundesliga Jerman, Superliga Denmark dan juga Liga Premier (English Premier League). Selain itu, beliau mewakili negaranya, Denmark dalam beberapa kejohanan besar seperti Kejohanan Eropah dan Piala Dunia. Dalam kerjaya beliau dalam dunia bola sepak, beliau pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Denmark pada tahun 1996 dan memegang gelaran Master dalam NLP
bh11

Irfan Khairi

Pengarah Global Media Sosial

Komputer riba, internet, minda yang positif dan cita-cita. Itulah yang dapat digambarkan seorang pakar perniagaan internet, Irfan Khairi. Daripada perunding dan pereka multimedia separuh masa yang berjaya telah membawa beliau menjadi pakar dalam bidang E-commerce dan pemasaran perniagaan internet.

Dengan berbekalkan RM200 pada usia 20 tahun, beliau mampu mencapai apa yang pemilik perniagaan lain tidak mampu lakukan ketika hanya berusia 25 tahun. Beliau mampu membina perniagaan sehingga menjadi jutawan tanpa pekerja tambahan atau gadget yang mewah