Jauh Perjalanan Luas Pandangan

Memang jarang-jarang sekali, kita bertemu dengan usahawan-usahawan yang berpandangan jauh. Kalau kita kenal atau tahu pun, mungkin hanya seorang dua sahaja yang cita-citanya adalah untuk menjadi usahawan, berniaga hingga berjaya ke peringkat antarabangsa.

IKON kita, Jutawan Internet & International Consultant, Encik Irfan Khairi telah berjaya di peringkat antarabangsa! Satu kebanggaan buat kita, lebih-lebih lagi apabila beliau telah menerima banyak undangan speaker di seluruh dunia seperti, di Paris, New York, Brazil, Japan, Dubai dan banyak lagi destinasi di luar negara.

 

Lebih membanggakan kita, apabila perniagaan beliau pula mula berkembang di Dubai dan kini dilantik pula menjadi Director Social Media untuk syarikat Bhip, sebuah syarikat di dalam industri kesihatan yang ada di hampir 40 buah negara.

SOON, InsyaAllah… Bhip Malaysia pula akan bermula! Terimakasih kepada En Irfan Khairi dan syarikat Bhip Global, kerana telah membuka peluang kepada usahawan-usahawan di Malaysia untuk turut mengikuti langkah IK, memiliki sebuah perniagaan online, dan di peringkat antarabangsa pula.

Sesungguhnya, peluang ini jarang-jarang sekali kita temui. Bila terbuka luas di depan mata, apakah kita hanya mahu melihat saja? Dan membiarkan orang lain merebutnya? Sedangkan peluang itu datang kepada kita dahulu… Jangan sampai menyesal tak berkesudahan apabila melihat sahabat handai dan teman-teman lain sudah jauh ke seberang sana, tetapi kita masih ditakuk lama.

BERUBAHLAH dan REBUT PELUANG KEEMASAN INI… Let’s go global!

6 Kepentingan Minum Air Suam / Air Kosong

Seringkali kita dengar antara tips kesihatan yang popular adalah minum air suam secukupnya atau minum 8 gelas air suam setiap hari. Tetapi kenapa kita perlu minum air suam yang cukup? Mari kita lihat kepentingan minum air suam ini:

1. Tidak ada kalori

Air suam tidak ada kalori oleh kerana air suam tidak ada gula dan tidak ketagih, ianya adalah penghidratan tulen. Ini bermaksud anda tidak akan mengalami kegemukan jika minum air suam berbanding jika anda minum minuman ringan atau bergas.

2. Tidak ada kafein

Ini akan membuatkan tidur anda tidak akan diganggu dan anda akan dapat tidur yang berkualiti.

3. Mengurangkan sakit kepala

Antara punca sakit kepala adalah disebabkan badan anda dehidrasi. Jadi minum air suam dapat menjaga otak anda dengan membekalkan banyak cecair untuk mengurangkan sakit kepala.

4. Mengekalkan kecantikan kulit

Minum air suam dapat membantu mengekalkan kulit anda dalam keadaan hidrasi. Ini dapat mengurangkan jerawat, kulit kusam dan penuaan.

5. Meningkatkan prestasi fizikal dan mental

Apabila anda minum air suam yang secukupnya, ia akan membantu anda kekal fokus dan kuat.

6. Meningkatkan metabolisma

Jika kita kekal hidrasi, ianya membantu metabolisma anda berfungsi dengan efisien sehingga boleh mencapai 3%. Ianya mungkin nampak sikit tetapi ianya lebih baik daripada tiada.

Banyak juga rupanya kepentingan minum air suam secukupnya ini. Jika anda ingin tahu cara mengenalpasti bahawa anda sudah minum air suam secukupnya adalah dengan melihat air kencing anda sendiri. Jika berwarna jernih, bermakna anda telah minum air suam dengan secukupnya.

#BhipMalaysia #BhipGlobal #bfit #bhealthy

Sumber gambar: B:hip One

5 Khasiat Buah Epal (Apple)

Pernah dengar tak satu pepatah Bahasa Inggeris yang menyebut, “An apple a day keeps the doctor away”? Maksudnya adalah jika kita makan buah epal, kita akan jarang berjumpa dengan doktor kerana sentiasa dalam keadaan sihat dan jarang mendapat penyakit.

Buah epal sememangnya mempunyai banyak khasiat dan ternyata memang dapat menghindarkan diri kita daripada beberapa penyakit yang berbahaya. Oleh sebab itu, wujudnya pepatah tersebut. Anda ingin tahu apa khasiatnya buah epal ini? Mari kita lihat:

1. Memberi kesihatan mata

Buah epal mengandungi vitamin A dan vitamin C yang mana ia mampu merawat mata untuk melihat lebih jelas pada waktu malam. Selain itu, satu kajian telah mendapati mereka yang mengamalkan diet dengan buah-buahan yang mengandungi antioksida seperti buah epal adalah 10 ke 15 peratus kurang cenderung untuk mendapat penyakit katarak mata.

2. Memberi kesihatan jantung

Buah epal yang segar adalah snek yang baik. Ia kaya dengan flavonoid, antioksida yang membantu mencegah penyakit jantung. Tetapi, anda perlu makan dengan kulit epal sekali. Jadi jangan dikupas kulit epal jika mahu memakannya.

3. Epal mencegah penyakit darah tinggi

Orang dewasa yang makan buah epal adalah 37 peratus kurang cenderung untuk menghadapi penyakit darah tinggi berdasarkan analisis data kajian baru-baru ini.

4. Menggalakkan tenaga

Kandungan gula di dalam buah epal adalah bagus lebih daripada sekadar rasa manisnya. Buah epal menggalakan tenaga untuk tubuh kita jika kita memakannya. Sebab itu buah epal adalah pilihan yang terbaik untuk sarapan atau makanan sebelum melakukan senaman. Ia memberi tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan anda tanpa anda mengambil kafein.

5. Menurunkan berat badan

Kandungan buah epal penuh dengan serat dan air, jadi perut anda akan merasa kenyang tanpa perlu makan makanan yang lain. Oleh sebab itu, buah epal adalah salah satu menu diet yang anda perlu amalkan jika ingin kuruskan badan.

Sebenarnya jika ingin dihuraikan, banyak lagi khasiat buah epal seperti dapat melawan kolesterol tinggi, membantu merawat penyakit Alzheimer, mencegah kanser dan banyak lagi. 5 khasiat buah epal tersebut pun sudah dapat menggambarkan betapa khasiatnya buah epal ini. Jadi, marilah kita mula amalkan makan buah epal ini.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal #bfit #bhealthy

Sumber gambar: B:hip One

5 Tips Mudah Untuk Kekal Sihat

Kesihatan sangat penting untuk kita jaga supaya kita kekal bertenaga dan mampu melakukan aktiviti seharian kita. Menjaga kesihatan juga adalah satu usaha untuk mencegah penyakit daripada datang ke tubuh badan kita.

Dengan kehidupan seharian yang padat, sesetengah orang mungkin agak sukar untuk menjaga kesihatan mereka. Di sini ada 5 tips mudah  untuk kekal sihat yang anda boleh cuba amalkan walaupun anda dilanda kesibukan kerja:

1. Minum air secukupnya

Minum air suam atau air mineral secukupnya lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Kekurangan air di dalam badan boleh membuatkan badan kita dehidrasi dan seterusnya boleh buatkan kita pitam atau pengsan. Jadi pastikan badan kita mendapat air yang secukupnya.

2. Bersenam

Anda boleh bersenam di mana-mana sahaja. Tidak semestinya anda perlu ke gim untuk bersenam. Cara yang paling mudah untuk bersenam bagi mereka yang sibuk adalah banyakkan berjalan. Jika mahu ke sesuatu tempat yang berdekatan, lebih baik kita berjalan kaki daripada menggunakan kenderaan seperti kereta atau motosikal.

3. Dapatkan tidur yang secukupnya

Menjaga waktu tidur kita sangat penting. Ini kerana badan dan otak kita perlukan rehat setelah melakukan aktiviti seharian. Dapatkan tidur sekitar 7 atau 8 jam sehari. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan stress, sakit kepala dan macam-macam lagi penyakit. Jadi amat penting untuk dapatkan tidur yang secukupnya.

4. Diet yang sihat

Diet di sini bukanlah bermaksud anda perlu kurangkan makan. Tetapi, makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Dapatkan sumber protein, karbohidrat, vitamin dan lain-lain yang secukupnya. Bukan main belasah sahaja.

5. Travel

Pergilah travel ke mana-mana sahaja. Tidak perlu pergi jauh-jauh pun. Tempat yang dekat dengan anda sudah memadai. Anda boleh tenangkan fikiran dan dapatkan udara yang segar seperti di pantai atau hutan.

Berikut adalah 5 tips mudah untuk anda kekalkan kesihatan anda. Lebih baik kita mencegah dahulu sebelum merawat. Ini kerana kesihatan sangat penting jika dibandingkan dengan wang ringgit.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal #bfit #bhealthy

Kunjungan Michael Sarfelt Di BHIP Peru

Michael Sarfelt telah tiba di BHIP Peru pada 12 Ogos yang lalu untuk memberi talk berkenaan pemasaran kepada usahawan-usawahan BHIP di Peru. Ianya satu penghargaan yang besar kerana Michael Sarfelt sendiri yang turun memberikan talk kepada usahawan BHIP di Peru.

Ramai yang hadir kerana begitu teruja dengan kedatangan Michael Sarfelt di BHIP Peru. Mereka bersorak kegembiraan apabila ketibaan Michael Sarfelt di program berkenaan. Siapa tak gembira kan bila ‘Big Boss’ sendiri yang datang memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada kita..

Usahawan-usahawan BHIP Peru menunjukkan semangat  keusahawanan yang tinggi ketika program berlangsung. Suasana yang sangat bertenaga di dalam dewan berkenaan.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal

Sumber: B:hip One

 

BHIP Sepanyol – Marketing Online

BHIP Sepanyol - Online Marketing

Sepanyol, sebuah negara yang terkenal dengan bola sepak, sejarah dan banyak lagi. Tapi bukan itu yang hendak diceritakan. Yang hendak diceritakan adalah tentang BHIP Sepanyol.

BHIP Sepanyol juga telah berkembang di negara itu. Ramai yang telah mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada team BHIP Sepanyol. Baru-baru ini, satu program telah diadakan dan topik yang dibincangkan adalah sangat menarik iaitu Marketing Online.

BHIP sememangnya ingin membantu ahli-ahlinya mahir dalam dunia perniagaan dan seterusnya mampu menjadi usahawan di peringkat global. Jadi online marketing ini sangat-sangat penting untuk dipelajari supaya dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Antara speaker yang hadir adalah Mr. Jan Madsen, Haydee Salomon, Juan Carlos Medellin, Carlos Medellin dan Kim Hindi. Mereka sangat pakar dalam ilmu perniagaan ini. 

Di BHIP Malaysia, kita juga ada mentor yang akan membantu dalam online marketing ini iaitu Irfan Khairi. Jadi anda tidak perlu risau jika anda ‘zero’ dalam online marketing atau perniagaan internet ini. Selain itu, ahli-ahli BHIP juga akan membantu anda dalam ilmu perniagaan ini.

BHIP Sepanyol - Online Marketing

BHIP Sepanyol - Online Marketing

Bagi anda yang berminat untuk mengetahu lebih lanjut, boleh layari website BHIP Malaysia DI SINI.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal

Kemeriahan BHIP Colombia

bhip malaysia

Sebelum ini kita sering dengar perkembangan BHIP di BHIP Thailand dan BHIP Jordan. Kita dapat lihat mereka sangat aktif dalam mengembangkan BHIP di tempat mereka. Tapi di tempat lain tidak kurang juga hebatnya. Contohnya, BHIP Colombia.

BHIP Colombia antara yang terbaik di Amerika Selatan. Seperti yang kita tahu, BHIP di Amerika Selatan menyumbang pendapatan yang sangat besar kepada syarikat BHIP.

BHIP Colombia memang sangat berkembang dengan cepat. Program yang dijalankan sentiasa mendapat sambutan dan ramai yang hadir sehingga penuh satu dewan. Jadi, tidak mustahil BHIP di Amerika Selatan menyumbang besar kepada BHIP Global.

bhip malaysia

BHIP Malaysia harusla mengikut jejak BHIP yang  lain untuk mengembangkan lagi perniagaan BHIP dan menguatkan lagi team di dalam BHIP, supaya nama BHIP Malaysia tersebar di peringkat global. Dengan kekuatan kumpulan BHIP Malaysia yang ada sekarang ini, InsyaAllah ianya mampu berkembang di seluruh Malaysia malah kesuluruh dunia!

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal

BHIP Global Semakin Berkembang Pesat

BHIPBHIP semakin lama semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Kini, BHIP semakin hampir untuk menjadi syarikat yang bernilai billion dollar. Hebat bukan? Mengikut laporan, pendapatan BHIP berkembang lebih daripada 100% di Amerika Selatan dan juga di Timur Tengah pada tahun ini.

BHIP Amerika Selatan seperti Mexico dan Colombia dan juga BHIP Timur Tengah seperti BHIP Jordan memang satu kumpulan BHIP yang hebat. Jadi tidak mustahil mereka mampu menyumbang pendapatan yang sangat besar kepada BHIP.

BHIP

BHIP

Ini pula adalah satu perjumpaan besar BHIP untuk meraikan Thailand sebagai negara no. 1 BHIP dalam 6 tahun berturut-turut. Daripada momentum yang kuat di Asia Tenggara, BHIP menetapkan matlamat untuk berkembang 100% dalam 12 bulan.

Jika BHIP Amerika Selatan dan BHIP Timur Tengah mampu berkembang, tidak mustahil BHIP di Asia Tenggara termasuk BHIP Malaysia akan mampu melakukannya.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal

Sumber: B:HIP Middle East 

BHIP Jordan Melawat Dubai

Ahli-ahli professional BHIP Jordan telah tiba di Dubai untuk sesi lawatan ke pejabat HQ BHIP Middle East. Seramai 8 orang ahli professional BHIP Jordan yang telah terpilih untuk lawatan ke Dubai. Seronok kan!

Mereka telah disambut oleh Pengarah Media Sosial BHIP, tak lain tak bukan, Irfan Khairi! Mereka telah dibawa berjalan-jalan di sekitar bandaraya Dubai. Memang satu pengalaman yang berharga dan menyeronokkan bagi mereka. Bukan senang nak dapat peluang yang berharga ini. Ianya perlu usaha yang kuat dan konsisten dengan perniagaan kita.

Tidak mustahil BHIP Malaysia juga mampu melakukannya. Pada bulan 5 yang lepas, kita sudah buat lawatan ke BHIP Thailand. Dengan usaha yang kuat dan konsisten, tidak mustahil kita juga akan dapat pergi lawatan ke Dubai dan mungkin ke negara lain juga.

Jadi kita mestilah tingkatkan usaha kita untuk mengembangkan BHIP Malaysia ini ke serata negara.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal

Sumber: B:hip One

Leadership Talk Bersama Irfan Khairi – 19 Julai 2018

Pada hari khamis 19 Julai yang lepas, satu program BHIP Malaysia telah diadakan di IKSB, Mutiara Damansara iaitu program Leadership Talk. Leadership Talk ini hanyalah program untuk ahli Professional BHIP Malaysia sahaja.

Leadership Talk ini diadakan untuk memberikan berita baru, idea atau pandangan bertujuan mengembangkan lagi BHIP Malaysia ini. Selain itu, ia juga diadakan untuk membantu ahli-ahli BHIP Malaysia mengembangkan lagi perniagaan mereka dan menaikkan semangat mereka.

Yang terbaru adalah penggunaan tiket untuk ke program Power Talk dan juga BHIP Internet Training. Leaders mestilah menjual tiket kepada guests yang ingin pergi ke program berkenaan. Yang ada tiket sahaja yang boleh masuk ke program berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke website BHIP Malaysia.

#BHIPMalaysia #BHIPGlobal